Senireka Industri
Alat Bantuan Menggalakkan Komunikasi dan Interaksi Dalam Masyarakat.
Monday, 24 November 2014
Thursday, 20 November 2014
Borang Soal Selidik
Untuk menerangkan permasalahan yang berlaku
responden akan menjawab soalan berkaitan :
1.
Punca
berlakunya kurang komunikasi dan interaksi dalam keluarga dan masyarakat.
2.
Kaedah
atau cara membendung permasalahan yang berlaku.
3.
Keberkesanan
kaedah yang digunapakai dalam penyelidikan ini.
Soal Selidik 1 |
Soal Selidik 2 |
Soal Selidik 3 |
Soal Selidik 4 |
Tuesday, 4 November 2014
Web Design Site Map
Thursday, 9 October 2014
Projek Tahun Akhir
Alat Bantuan Menggalakan Interaksi dalam Keluarga dan Masyarakat.
Peredaran zaman yang terlalu pantas pada masa
kini menyebabkan terjadinya beberapa kesan negatif yang berlaku dalam kalangan masyarakat
pada masa kini. Sebahagian masyarakat atau kelompok komuniti ini terkesan
dengan permasalahan yang timbul akibat daripada beberapa faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini.
Kehadiran teknologi yang dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan pada
masa kini sedikit sebanyak memberi impak buruk kepada manusia dalam konteks
komunikasi dan interaksi antara satu sama lain.
Contoh |
Permasalahan yang berlaku
seperti penggunaan gajet oleh setiap lapisan golongan menyebabkan terjadinya
kekurangan interaksi secara langsung sama ada dalam keluarga mahupun
masyarakat. Ini menyebabakan jurang yang ada dalam hubungan kekeluargaan dan
masyarakat menjadi lebar akibat daripada permasalahan ini sekali gus memberikan
kesan kepada institusi kekeluargaan. Selain itu interaksi antara ibu bapa
dengan anak juga menjadi kurang dengan adanya gajet yang boleh dikatakan
memberikan kelalaian kepada anak anak mahupun ibu bapa yang menggunakannya.
Kesannya hubungan kekeluargaan tidak dapat dibentuk dengan baik kerana lebih mementingkan
teknologi daripada keluarga dan masyarakat.
Tujuan penyelidikan ini adalah
untuk mengatasi atau mengurangkan kesan negatif yang ada selain memberikan satu
nafas baru kepada konsep hubungan kekeluargaan di samping mengeratkan lagi
hubungan terhadap masyarakat dan mengubah gaya hidup masyarakat kini. Selain
mengenal pasti masalah yang timbul , penciptaan sebuah alat atau produk yang
dapat membantu memberikan impak positif terhadap komunikasi antara keluarga
serta masyarakat yang ada. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah
kualitatif dimana keedah pemerhatian , temu bual dan soal selidik dijalankan
dalam penyelidikan ini.
Penyelidikan ini dijangka dapat meningkatkan kesedaran
dalam kalangan masyarakat di Negara ekoran kurangnya perhatian dalam
permasalahan komunikasi yang timbul. Selain daripada itu, penyelidikan ini juga
dapat mengurangkan jurang komunikasi yang lebar antara keluarga mahupun
masyarakat yang kini menjadi satu maalah yang serius selain memberikan kepuasan
kepada masyarakat terhadap produk yang dikeluarkan.
Monday, 22 September 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)