Thursday, 9 October 2014

Projek Tahun Akhir

Alat Bantuan Menggalakan Interaksi dalam Keluarga dan Masyarakat.


Peredaran zaman yang terlalu pantas pada masa kini menyebabkan terjadinya beberapa kesan negatif yang berlaku dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Sebahagian masyarakat atau kelompok komuniti ini terkesan dengan permasalahan yang timbul akibat daripada beberapa faktor  yang menyumbang kepada permasalahan ini. Kehadiran teknologi yang dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan pada masa kini sedikit sebanyak memberi impak buruk kepada manusia dalam konteks komunikasi dan interaksi antara satu sama lain. 


Contoh





Permasalahan yang berlaku seperti penggunaan gajet oleh setiap lapisan golongan menyebabkan terjadinya kekurangan interaksi secara langsung sama ada dalam keluarga mahupun masyarakat. Ini menyebabakan jurang yang ada dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat menjadi lebar akibat daripada permasalahan ini sekali gus memberikan kesan kepada institusi kekeluargaan. Selain itu interaksi antara ibu bapa dengan anak juga menjadi kurang dengan adanya gajet yang boleh dikatakan memberikan kelalaian kepada anak anak mahupun ibu bapa yang menggunakannya. Kesannya hubungan kekeluargaan tidak dapat dibentuk dengan baik kerana lebih mementingkan teknologi daripada keluarga dan masyarakat.

 Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengatasi atau mengurangkan kesan negatif yang ada selain memberikan satu nafas baru kepada konsep hubungan kekeluargaan di samping mengeratkan lagi hubungan terhadap masyarakat dan mengubah gaya hidup masyarakat kini. Selain mengenal pasti masalah yang timbul , penciptaan sebuah alat atau produk yang dapat membantu memberikan impak positif terhadap komunikasi antara keluarga serta masyarakat yang ada. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah kualitatif dimana keedah pemerhatian , temu bual dan soal selidik dijalankan dalam penyelidikan ini.

 Penyelidikan ini dijangka dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat di Negara ekoran kurangnya perhatian dalam permasalahan komunikasi yang timbul. Selain daripada itu, penyelidikan ini juga dapat mengurangkan jurang komunikasi yang lebar antara keluarga mahupun masyarakat yang kini menjadi satu maalah yang serius selain memberikan kepuasan kepada masyarakat terhadap produk yang dikeluarkan.